Friday 27 June 2014

Sejenak di pinggiran Sha'aban dalam melangkah setapak demi tapak menuju ke gerbang Romadhon Al Mubarak


ROMADHON...

Hanya di dalam bulan Romadhon tiada di bulan lain. Cuma sukar untuk melakukannya kerana terlalu banyak komitmen-komitmen dengan hal lain. Mampukah muhasabah dan bekerja sekeras-kerasanya demi untuk sebuah...

KEAMPUNAN

Dari Illahi.

Bukan mudah untuk mencari keampunan andai hati masih terlalu lemah untuk melawan bisikan dan lintasan di hati yang suka benar mengajak ke arah yang bertentangan pada jalan yang di berkati Allah. Demi untuk sebuah keampunan dari Illahi perlu kerja keras dan membaiki diri dan iman dari amalan istiqamah yang banyak menyimpang dari jalan keimanan. Lagilah apabila mazmumah yang begitu tabah membendung hati untuk menginsafi diri dan mencari keampunan dari Allah, atas segala kecundangan iman. Namun... hadirnya /Romadhon adalah anugerah yang paling indah untuk memohon keampunan dari Illahi... cubalah.. cubalah... cubalah buat perubahan iman dan diri ke arah yang lebih diberkati dan dirahmati. Usaha dan cubalah dengan sepenuh hati agar keampunan diterima oleh Allah kerana, tahun depan tidak pasti lagi di mana jasad dan ruh kita akan berada.

Ya Rabb.. ampunilah daku... sesungguhnya Kau amat merindui suara taubat dari hambaMu...Sudilah kau terima taubatku, hambaMu yang berdosa ini. Ampunilahlah segala kesalahan dan kesilapanku di masa lalu, kini dan akan datang, sama ada aku sedar atau tidak. /Ampunilah daku, siapalah daku tanpa keampunanMu. Sedangkan Rasulullah saw yang sudah pasti Syurga untuknya pun sering memohon ampun dariMu, siapalah pula aku tanpa keampunan dariMu... ampunkanlah aku... Dosa-dosaku ini entah bagaimana banyaknya. Ku rasa, mulia lagi dedaun kering di jalanan kerana mereka tidak terjerumus membuat dosa berbanding dengan diriku.. yang selalu gagal mendidik dan mentarbiah iman dan hati. Ampunkanlahku di atas kelemahan aku yang berdosa ini.

Ya Rabb... Ya Rabb... Ya Rabb...... 

Friday 20 June 2014

Beberapa hari lagi bulan Sha'aban akan menghilangkan diri... muncul Romadhan Al Mubarak pula. Apakah telah benar-benar bersediakah wahai hati untuk melangkah ke madrasah musahabah hati dan iman? Samada persediaan itu telah lama dirancangkan atau terlupa akan kehadirannya, namun kehadirannya Romadhan itu sudah pasti mengikut jadualnya cuma, terpulanglah ya wahai hati segagah dan sekuat mana mengharunginya kelak. Apa yang penting banyak-banyaklah bersabar dan tabah dalan setiap langkah mengharungi ujian yang bakal mendatang kerana sesungguhnya.... di dunia ini bukan tempat kita untuk selamanya.

Semalam yang berlalu amat banyak yang ingin dicatatkan tetapi terlupa lantaran terlalu sibuk dalam menguruskan ujian yang sedang ditanggung. Moga segala ujian ini akan berlalu dan digantikan dengan kehidupan yang lebih baik dan diberkati Allah. Semoga kehadiran Romadhan kali ini akan lebih baik dari masa-masa yang berlalu... Ya Allah. Hanya engkau sahaja yang tahu apa yang terlintas di hati dan yang bermain-main di jiwa ini. Tabahkanlah hati dan imanku selalu dengan bantuan dan kasih sayang dari Mu selalu, Ya Rabb...

Sabarlah Wahai hati...

Tuesday 3 June 2014


Hari ini tiba-tiba terfikir macam ini pula....







Ibu bukan hanya seorang suri juga dikenali sebagai tukang masak, tukang basuh baju, tukang kemas rumah, tukang kebun, tukang urut, malah juga seorg Dr. psikologi, pakar perunding, dan macam2 lagi laa... kalau tak sanggup pikul tanggungjawab dan tugas. Letak jawatan jadi wanita... sebab seorg wanita juga seorg ibu. (boleh ke gitu?)




Burung hantu pun berjaga malam tapi... siang-siang buat apa ya?
(gambar2 dari google)






Walau apa pun ujian dan dugaan dalam melayari kehidupan sebagai seorg ibu, di dalam hati selalu mendoakan kesejahteraan buat suami dan anak-anak hanya kerana Allah semata. Malam dan siang tiada bezanya, sentiasa 'standby' kalau ada apa2 'emergency' yg tidak boleh dilengah2kan. Selagi ada kekuatan dan kesihatan yg baik, selagi itulah... tidak mengenal erti 'off day', hanya Allah yg tahu, semoga segala apa yg dilakukan mendapat keberkatan dan kasih sayang dari Illahi, pencipta alam.

Nukilan Rasa Bonda


Monday 2 June 2014

Setelah sekian lama masa beredar... berlalu sepi lantaran melayan 'dunia' tersendiri. Tiba-tiba...






"Hati ini ingin meluahkan sesuatu. Tentang kehidupan di atas dunia ini."

Betapa pentingnya kesabaran dan ketabahan itu duduk tetap di dalam hati agar dapat terus bertahan menjalani kehidupan ini walau apa pun rintangan dan ujian yang harus dihadapi.

Aku tidak mengerti mengapa harus ada rasa kedengkian dan kecemburuan di dalam hati. Andai kedengkian atau kecemburuan yang membuahkan positif, itu adalah amat baik sekali. Tetapi, malangnya kedengkian dan kecemburuan itu lebih cenderung kearah untuk memusnahkan.. lalu ramailah yang menjadi mangsa lantaran penyakit hati itu (Mazmumah).

Alangkah indahnya hidup ini andai dipenuhi dengan kasih sayang dan sangka baik. Sentiasa doa mendoakan di antara satu sama lain. Namun... semuanya terpulanglah pada ketebalan atau kenipisan iman sendiri atau langsung tiada beriman... Astagfirullahilazim.

Semoga Romadhon yang bakal menjelang kelak akan dapat meneruskan madrasah mujahadatunafsi dan semoga kita sama-sama dapat meningkatkan lagi prestasi pencapaian keimanan kita di sisi Allah. In sha Allah.

Nukilan Rasa Bonda 











Wednesday 22 January 2014

Assalamualaikum wmbt

Salam sejahtera buat umat Muhammad sekelian dan umat manusia sekeliannya. Sesungguhnya tiadalah yg lebih bahagia di atas dunia ini melainkan yg sentiasa bersyukur dan mengucapkan sepenuh kesyukuran kepada Illahi di atas segala nikmat dan rahmat yg dicurahkan selama ini. Allahu Akhbar.

Ohh... betapa nikmatnya bila dapat menghirup dan menghembus nafas seperti biasa dengan mudahnya. Masya Allah. Alhamdulillah. Dan betapa beratnya rasa di dada bila saluran pernafasan rasa tersekat-sekat seakan ada benda berat yg sedang menghalangnya. Allahu Akhbar. Segala kesempurnaan itu adalah milik Allah dan kekurangan itu adalah kita, hamba dan makhluknya.

Bila hati selalu berfikir yg baik-baik, yang elok-elok, tenang rasanya. Tapi, bila hati gusar, bekecamuk... segalanya akan tidak menentu dan jiwa pun rasa begitu tertekan. Namun, lunakkanlah hati dan bibir dengan zikir dan ayat-ayat suci Al Quran. Semoga ketenangan itu akan kembali memenuhi taman hati.












Hanya hati yang tenang sahaja dapat merasakan ketenangan itu walau dalam keadaan apa sekalipun namun, hati yg resah dan berkecamuk... tetap tidak akan dapat menikmati ketenangan itu meskipun di taman syurga dunia... Hurmmmmm.





Monday 30 December 2013

Tahun Baru Ini...

Sedihnya hati.... "sob... sob.. sob..." tahun dua ribu tiga belas bakal ditinggalkan.... sebuah perpisahan akan terjadi. "sob... sob.. sob..."

Tapi......

Mengapa... Mengapa perpisahan ini disambut dengan acara penuh kegembiraan, pesta-pestaan, kemeriahan bunga api bagai... aduhh... kejamnya... kata pilu, tapi gembira separuh gila. Ahhh....




                                            (Pinjam kejap gambar kucing ni.)


Payahnya hidup kalau macam ni. Lecehlah, kalau nak sambut tahun baru kena dua kali. Tapi... kalau nak bandingkan antara keduanya, tahun baru masihi inilah yg paling agak terbeban. Manakan tidak, cuba fikir.. cuba fikir kejap. Sudahlah larut malam, mata pulak setengah gila mengantuk, kena jugak tunggu sampai betul-betul dua belas tengah malam barulah nak 'cheers'.

Kalau belum berbunyi tik-tok jam tu betul2 stop kat angka 'twelve' (dua belas lah... nak omputih sikit pun dah gempak), belum sah lagi jadi betul-betul tengah malam Tahun Baru. Belum lagi terperanjat dgn bunyi bunga api. Katanya, cantik di dada langit, ada bunga yg bercahaya-cahaya. Tapi, bau asap boleh tahan jugak... Pas tu, pesta-pesta bagai. Suka lah sangat-sangat. Maknanya, tidak semestinya perpisahan itu sebuah kesedihan kan... tapi sebuah kegembiraan rupa-rupanya. Penat aje tadi nak nanges-nanges.... (Menyesalll)

Tapi...
apalah maknanya seronok sangat dengan sambutan Tahun Baru Masihi ini. Hakikatnya, ini resam org bukan Islam, silakanlah mereka sahaja yg meraikannya. Itu memang budaya mereka. Hakikatnya, kita yg mengaku seorg yg beragama Islam, perlukah juga turut meraikannya. Perlukah? Inilah persoalan yg sering dilihat tiap tahun, namun gagal ada jawapan yg pasti. Kalau sudah tahu kita seorg Islam, biarkanlah Tahun Baru Masihi ini hadir dan pergi, sebabnya, pertukaran Tahun Baru Hijrah itulah sebenarnya yg patut benar kita raikan... kerana kita seorg Islam.

Tahun Baru Hijrah pun sudah masuk bulan yg ke dua. Doa pun telah dibaca, hajat pun telah dipinta. Sekarang hanya meneruskan sahaja langkah demi langkah mengikut jadual yg telah diaturkan. Ikutlah lorong kita sendiri, tak perlulah kita mencampur adukkan hanya berpandukan selera nafsu kita sahaja. Sesungguhnya wadah hati itu hanya satu. Dan, hanya satu saja yg layak duduk di dalamnya. Pilihan di tangan kita sendiri sahaja. Tanya Iman dan Ilmu.

Seketika ini, adakah terfikir dan terbayangkah kita akan perasaan mangsa-mangsa banjir. Tentu banyak perkara yg sedang mereka fikirkan. Apatah lagi pada anak2 yg masih kecil dan yg sedang menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah. Tentang sekolah mereka, pakaian, perbelanjaan hidup yg bakal diharungi dan macam-macam lagi. Semuanya masih tidak pasti lagi. Dan yg paling sadisnyaaa, rumah yg masih digenang air. Entah bila akan surutnya.

Walau wajah nampak tenang, gelojak jiwa siapalah yg tahu. Memandang langit yg masih menangis, dan wajah muram alam. Segalanya masih kabur dan tidak pasti lagi.

Setiap insan akan diuji mengikut takdirnya sendiri. Tiada siapa yg akan lepas dari ujian Allah, walau si kaya bongkak atau si miskin yg masih dalam kemurungan dan kesedihan. Namun, ujian ini bukan bererti kita semakin renggang dengan Pencipta kita, sebaliknya...  inilah saatnya waktu yg paling indah untuk kita merintih sepenuh hati kepadaNya. Mungkin di kala lain, kita buat bena tak bena sahaja tadkala butir demi butir kata dilafazkan, tapi bila ada sesuatu sebab yg terjadi, maka inilah waktunya, hadirkanlah sepenuh pasrah dari jiwa dan raga. Tawakal  tanpa prasangka dan putus asa.

Dan... buat insan yg masih belum diuji dengan musibah hidup ini, usahlah tawamu terlalu berdekah dan lihatlah selalu pada rumput yg sedang dipijak, usahlah terlalu takbur mendongak ke langit. Siapa takbur, dia yg lebur.




Sunday 8 December 2013

Hari ini Hari Ahad

Hari ini Hari Ahad, nama hari dia.

Hari ini juga dikenali sebagai hari Minggu dan sebab itu ia selalu juga dipanggil hujung minggu dan ada juga di namakan pada akhbar, Berita Hujung Minggu. Atau di kenali juga oleh sesetengah org Hari Tujuh. Namun ia akan bertukar panggilan secara spontan kepada Hari Pertama di kawasan Utara yg cuti hujung minggunya adalah Hari Jumaat dan Sabtu.

Di hari hujung minggu inilah...

Rasa mengatuklah pulak tiba-tiba menyerang. Mungkin unsur-unsur kedinginan mula menghembus dan membelai dgn penuh kasih sayang. Mata rasanya nak katup sangat-sangat tapi... ku pertahankan juga demi melihat sang mentari masih gagah mempertahankan stamina-nya untuk menyinar lewat awal petang ini. Pengorbanan ini adalah kerana demi menyelamatkan baju2 yg diampai agar tidak dibasahi dek hujan yg akan turun tanpa signal andai tertidur ketika ini.

Antara perjuangan menahan mengantuk dan jaga...

tiba-tiba gambar ini menarik perhatianku.... aduhh..


benar-benar mengamit rasa kedinginan tadkala gambar ini direnung semakin dalam. Arusnya yg kuat itu mengingatkan tentang rasa seram utk mandi manda di sini lalu menyarungkan selimut kerana cuaca yg dingin yg teramat sangat di basahi pula dek hujan yg turun tidak henti2 sejak malam dan disambung dengan hujan rintik2 di kala siang. Namun, aircond yg dipasang pula hanya sekadar satu penyiksaan kerana kesejukkan cuaca alam lebih sejuk dan menyucuk seluruh anggota tubuh. Satu penderaan dari pencinta aircond and kipas tegar. (Aku benci, katakan tidak pada semua geng2 eletrik itu, ketika cuaca sejuk di musim tengkujuh, diketinggian 700 meter dari aras laut)

Tapi.. yg paling kejam lagi, segelas minuman sejuk yg di hidangkan bersama semangkuk buahan potong yg telah didinginkan seharian. Di saat itu baru terkenangkan, secawan koko panas yg berasap lembut dan sekeping biskut coklat tanpa lapisan krimnya. Rindunyaaaa...

"Peerggghhhhh.... tak payah nak berbecak becuk... bancuh ajelah..... nun ada milo dan air panas di depan. Berangan lebih plakkkk..."

Dengan mata yg kuyu bercampur kecewa... monolog yg terganggu dek herdikkan. Sambil mengengsotkan badan perlahan-lahan ke tepi dinding, utk membancuh minuman panas.

"Anyway... kalau hujan tughun tulun angkat kain, yo! Mato den dah tak tertahan bonar niiiii....."